SETIU 06 JANUARY 2017. Sebahagian daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Langkap turut serta membersihkan sekolah mereka yang dinaiki air banjir.NSTP/ROZAINAH ZAKARIA
Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my


Permaisuri: Pihak sekolah yang terjejas akibat banjir diminta supaya dapat menyediakan laporan kerosakan dialami dalam tempoh dua minggu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, laporan itu perlu bagi memudahkan Kementerian berkenaan menyediakan peruntukan kepada sekolah yang terjejas itu.

Katanya, berdasarkan maklumat pihaknya dapati 72 sekolah di Kelantan, Terengganu dan Sabah dilaporkan terbabit dalam bencana itu.

"Laporan kerosakan perlu dihantar pihak sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk dikemukakan pula kepada kementerian.

"Kementerian akan megambil tindakan segera membantu sekolah yang terjejas itu bagi mengelak pembelajaran murid atau pelajar terjejas," katanya ketika melawat kawasan Setiu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 3:06 PM