GAMBAR fail NSTP
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Penyanyi Mel, 48, kini sukar untuk bergerak selepas diserang strok ketika berkunjung ke sebuah pasar raya di Rawang, Selangor bersama isteri dan anaknya minggu lalu.

Mel yang juga bekas penyanyi Wings dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Sungai Buluh dan dibenarkan keluar, baru-baru ini.

Bapa kepada finalis Akademi Fantasia 2014 Ewal ini sekarang hanya berehat di rumahnya di Bandar Country Homes, Rawang tetapi sukar untuk berkomunikasi serta masih dalam keadaan lemah.

Isterinya, Rose Maini Othman atau Mai, 33, berkata, berikutan keadaan kesihatan suaminya itu banyak tawaran persembahan terpaksa dibatalkan sekali gus mengundang keperitan buat keluarga ini.

Apatah lagi nyanyian menjadi sumber rezeki utama Mel kerana Mai tidak bekerja.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 6:56 PM