AERIL dan Ummi Nazeera. Gambar kecil, Wawa Zainal.

Rumah tangga pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bergolak. Itulah perkhabaran yang mengejutkan Cik Pang baru-baru ini.

Walaupun tidak pasti kesahihan cerita yang dikongsi seorang teman, hubungan mereka didakwa bergolak ketika Aeril berlakon dalam drama rantaian popular, Patahnya Sebelah Sayap.

Dalam drama yang pernah disiarkan TV3 itu, Aeril berganding dengan Ummi Nazeera. Wawa dikatakan cemburu dengan kemesraan ditunjukkan mereka berdua dalam drama itu.

Malah ada mendakwa hubungan mesra Aeril dan Ummi agak berlebih-lebih sehingga ada peminat yang percaya mereka benar-benar bercinta.

Dek kemesraan yang dipercayai keterlaluan itu, timbul isu pergaduhan dan bermasam muka antara suami isteri ini sehingga hampir membawa kepada perceraian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 7:50 AM