MEK Dah mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran di rumahnya tanpa mengambil sebarang upah.
Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: “Saya bersyukur kerana ada juga pihak sudi membantu kami,” kata Mek Dah Abdullah, 53, selepas dia bersama suami dan seorang cucunya dikunjungi wakil Institut Automotif Malaysia (MAI), semalam.

Kisahnya pernah dilaporkan Harian Metro pada 1 Oktober lalu mengenai kesusahan dihadapi mereka hingga terpaksa menghuni bangsal kecil tanpa pintu di Kampung Gong Dermin, Pasir Tumboh, di sini.

Lebih menyedihkan, bangsal itu didirikan menggunakan sisa kayu kandang kambing dan hanya sehelai kain untuk menutup bahagian depan sebagai pengganti pintu utama.

Susulan pemaparan kisah itu, ramai pihak bersimpati menghulurkan bantuan termasuk MAI.

Mek Dah gembira dengan kehadiran agensi itu dan kesediaan mereka membantu dia, suami, Hussin Ibrahim, 54, dan cucu Umairah Syakirah Reman, 2, keluar daripada kepompong kemiskinan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 November 2016 @ 8:44 AM