PASUKAN ragbi MSS Selangor bawah 18 tahun.
PASUKAN ragbi MSS Selangor bawah 18 tahun.
PASUKAN ragbi MSS Selangor bawah 18 tahun.
PASUKAN ragbi MSS Selangor bawah 18 tahun.
Fatin Farhana Japre
gen.y@hmetro.com.my


Sempena musim ragbi MSSM-MILO 2016, pasukan ragbi seluruh Malaysia menunjukkan kekuatan yang luar biasa untuk menjadi terbaik dan bersaing secara sihat di Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah baru-baru ini.

Seperti kita tahu, sukan ragbi Malaysia sukar mendapat pengiktirafan dan menyukarkan pemain untuk beraksi di luar negara. Hakikatnya pemain ragbi Malaysia ramai yang berkebolehan untuk bertapak di arena antarabangsa. Namun ia tidak mendapat tempat seperti bola sepak dan badminton.

Pengerusi Teknikal Pasukan Ragbi MSS Selangor Zairin Akmal Mohd Jemoner berkata apabila bercakap mengenai sukan ragbi, ramai yang menganggap ia sukan ganas dan pemain akan tercedera.

“Dalam usaha untuk sukan ragbi mendapat pengiktirafan yang sewajarnya, kita memerlukan platform sukan yang akan memberi peluang kepada pemain ragbi muda untuk belajar dan menguasai kemahiran yang diperlukan untuk bertapak dalam sukan ini.

“Selain itu, kami juga mahu ubah persepsi umum mengenai sukan ini. Ragbi adalah sukan yang memerlukan pemikiran strategik, disiplin yang tinggi dan bijak mengawal diri semasa permainan.

“Menerusi MSSM-MILO sebagai platform, kita semakin hampir dengan matlamat itu,” katanya.

Antara pasukan yang bernaung di bawah ragbi MSSM-MILO 2016 ialah pasukan ragbi MSS Selangor bawah 18 tahun apabila mereka melalui persaingan sengit dengan pasukan seperti MSS Putrajaya dan Perlis bagi mendapatkan kemenangan mata 22-5.

Bagaimanapun, perjalanan mereka ke ragbi MSSM-MILO 2016 tidak semudah yang disangka kerana mereka perlu menghadapi ujian sebagai satu pasukan dan individu.

Tahun lalu, pasukan ragbi Selangor berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir MSSM-MILO 2015 tetapi disebabkan tiada semangat berpasukan dan interaksi atas padang menyebabkan mereka tewas ke peringkat akhir.

Penulis tertarik untuk mendekati Mohamad Rahmad Abu Seman, 16, atau lebih mesra digelar ‘Megatron’ oleh guru dan rakannya. Anak bongsu daripada 11 beradik ini anak yatim piatu dan berdikari untuk mencapai matlamat hidupnya.

“Saya jatuh cinta dengan sukan ragbi sejak hari pertama guru memperkenalkannya. Bakat saya dihargai apabila jurulatih dan guru melihat potensi besar dalam diri saya. Seterusnya menyediakan peralatan dan kasut supaya saya memasuki Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor.

“Melalui MSSM-MILO saya dapat mengembang dan memupuk kemahiran seperti menguji kekuatan diri sekali gus membuatkan saya bersemangat beraksi dengan baik dalam sukan ini,” kata pemain ragbi muda yang berpotensi mengharumkan nama negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 9:42 AM