EKSPO kasut sniker terbesar di Malaysia kumpul komuniti ‘gila sepatu’.
EKSPO kasut sniker terbesar di Malaysia kumpul komuniti ‘gila sepatu’.
EKSPO kasut sniker terbesar di Malaysia kumpul komuniti ‘gila sepatu’.
EKSPO kasut sniker terbesar di Malaysia kumpul komuniti ‘gila sepatu’.
Shuhada Mansor
darmansor@mediaprima.com.my


Bukan saja beg, baju, topi atau aksesori lain menjadi koleksi remaja sekarang tetapi kasut juga antara pilihan utama. Sniker pelengkap gaya seseorang sama ada si gadis atau jejaka dalam berfesyen.

Bagi anda yang gilakan kasut jenis sniker, pasti tidak lepaskan peluang mencari kasut idaman di ekspo kasut, Sneaker-Lah yang diadakan baru-baru ini.

30,000 PENGUNJUNG SERBU

Diberi peluang berkongsi kemeriahan suasana, penulis turun padang dan melihat sendiri komuniti ‘gila kasut’ yang membanjiri Gedung Jualan Borong Kenanga di Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Oktober lalu.

Dua hari acara berlangsung berjaya merekodkan sejumlah 30,000 pengunjung berbanding cuma 17,000 tahun lalu. Padat dan penuh dengan longgokan kasut untuk dijual.

DIBANJIRI RIBUAN KASUT

Ada yang datang untuk memburu kasut idaman dan ada juga mencuba nasib memenangi kasut bernilai ribuan ringgit melalui cabutan bertuah. Penganjur bersama Bryan, berkata meskipun diadakan setahun sekali, ekspo itu dianggap waktu terbaik untuk peminat dari seluruh negara berkumpul di satu tempat dan berkongsi minat yang sama.

“Memang tak sangka sambutan makin hangat setiap tahun. Kami cuba pelbagaikan slot untuk jadikan lebih menarik kali ini. Antaranya aktiviti ‘trade show’, kita bagi penjual naik atas pentas dan tarik pembeli cara sendiri. Riuh rendah tapi ‘fun’.

“Suara penjual yang membida harga kasut edisi terhad, model lama, ‘rare’ dan sebagainya antara yang jadi tumpuan. Kita sediakan lebih 85 gerai jualan hanya dibuka untuk jualan kasut. Ribuan kasut daripada pelbagai jenama ada di sini,” katanya.

RM15,000 KASUT PALING MAHAL

Hasil kolaborasi beberapa jenama, inspirasi oleh selebriti terkenal dunia antara sebab menjadikan nilai kasut puluhan ribu ringgit. Jangan terkejut apabila ada kasut berharga RM15,000 dijual iaitu Nike Air Yeezy 2 ‘Red October’ diikuti Supreme x Vans Half Cab 20th Anniversary dengan harga RM10,000. Gilakan?

Selain kasut, aktiviti lain turut diadakan bagi merancakkan lagi acara. Bunkface antara artis yang membuat persembahan pada hari pertama diikuti artis indie lain seperti Beatburns, Lawalah Familia, DJ Bunga dan Youth Portal sepanjang dua hari ekspo diadakan.

Berbanding tahun lalu, kali ini Sneaker-Lah lebih ‘havoc’ dengan turut menyelitkan beberapa pertandingan sukan konsep berbeza. Antaranya ‘Complete your tricks’ untuk skateboard dan ‘training pit’ untuk basketball.

Bagi yang hanya fokus kepada kasut, peraduan ikat tali kasut paling kreatif dan terpantas turut diadakan. Selain itu, cabutan bertuah, gerai makanan menjadi pelengkap acara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 8:44 AM