PEMENANG kategori ‘Deep and Meaningful’ merakam gambar ini di East Sussex.
PEMENANG kategori ‘Catch Me If You Can’ bertajuk Flash of Azure menunjukkan burung raja udang menangkap ikan di Leeds.
GAMBAR anak babun bersandar pada tayar kereta di Afrika Selatan ini mendapat pujian dalam kategori ‘City Urban Life.’
IMEJ dirakam Pratik bertajuk ‘Ready Set Go’ memenangi kategori ‘Weird and Wonderful.’
PEMENANG kedua kategori ‘Weird and Wonderful’ dirakam di Salisbury Plain,selatan Georgia.
PEMENANG kategori ‘At Home in the Habitat’ bertajuk ‘A touch of Warmth’ ini dirakam di Taman Negara Wapusk di Manitoba, Kanada.
Agensi

Anak babun yang comel bersandar pada tayar di sebatang jalan di Afrika Selatan manakala beruang kutub mengerekot kesejukan bersama anak-anaknya di Kanada - dua gambar ini tergolong dalam beberapa penyertaan menakjubkan pada pertandingan fotografi hidupan liar tahunan yang kelima Persatuan Zoologi London (ZSL).

Rakaman kandid yang menggambarkan kelemahan haiwan di seluruh dunia itu turut disenarai pendek bersama imej yang menggambarkan naluri asal mereka termasuk badak menguap ketika matahari terbenam dan burung menangkap ikan.

Percaya atau tidak, gambar cicak ketika musim mengawan yang memenangi satu kategori dalam pertandingan itu yang dirakam Pratik Pradhan di India sebenarnya mengambil masa tiga tahun untuk diambil.

Pengarah ZSL, Ralph Armond berkata: “Imej yang dirakam Pradhan menunjukkan dedikasi sebenar dalam menghargai keunikan alam semula jadi. Dengan populasi hidupan liar di dunia ini yang semakin berkurangan dalam tempoh 40 tahun lalu, penting untuk kita meningkatkan kesedaran dan mengingati betapa ajaibnya alam haiwan.”

Pertandingan itu menerima lebih 3,000 penyertaan daripada jurugambar dewasa dan junior di seluruh dunia untuk mewakili enam kategori, antaranya ‘Weird and Wonderful’ (Pelik dan Menarik) serta ‘Catch Me If You Can’ (Tangkap Saya Jika Anda Boleh).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2016 @ 11:56 AM