MEK Dah mengisi air di hadapan bangsal kecil tanpa pintu dihuni sejak lima bulan lalu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Siti Nor Hidayatidayu Razali 
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Siapa sangka, sebuah bangsal kecil tanpa pintu di Kampung Gong Dermin, Pasir Tumboh, di sini, sejak lima bulan lalu dijadikan tempat berteduh untuk tiga beranak berikutan kesempitan hidup.

Lebih menyedihkan, bangsal itu didirikan menggunakan sisa kayu kandang kambing dan hanya sehelai kain digunakan untuk menutupi bahagian hadapan sebagai pengganti pintu utama.

Bangsal dihuni Mek Dah Abdullah, 53, suami, Hussin Ibrahim, 52, dan cucunya Umaira Shakirah Reman, 2, dibina di kawasan berpaya dan cerun bukit dipenuhi semak.

Mek Dah Abdullah, 53, berkata, kehidupannya bersama suami, Hussin yang bekerja kampung hidup berpindah randah demi mencari sesuap nasi.

“Sebelum ini, saya tinggal di Jeli sebelum berpindah ke Machang dan mendiami pondok ihsan orang apabila kami bekerja sebagai penoreh getah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 9:16 AM