PANTAI Ipanema di Rio de Janeiro, Brazil, diiktiraf sebagai antara yang tercantik di dunia.
BANDAR terancang La Plata di Buenos Aires, Argentina yang bercirikan corak grid dan persegi dianugerahkan dua pingat emas dalam kategori ‘Bandar Masa Depan’ dan ‘Prestasi Pembinaan Baik.’
ANGKOR Wat di Kemboja adalah monumen agama terbesar di dunia yang dibina pada abad ke-12.
VILA Marabe Al Dhafra di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dihuni kira-kira 2,000 orang, antara kawasan paling panas di dunia dengan rekod suhu tertinggi 49.2 celcius.
SISTEM saliran di Lagun Shadegan di Iran.
PEMANDANGAN udara bandar New Delhi.
Agensi

Dari gunung berapi di Jepun hingga ke sulur paut lagun di Iran, buku baru yang merakam pemandangan udara menakjubkan planet Bumi.

Overview: A New Perspective adalah himpunan koleksi imej yang diilhamkan daripada akaun Intagram penulis Benjamin Grant, Daily Overview.

Akaun Grant yang mempunyai pengikut 367,000 itu mencabar penonton melihat Bumi dari perspektif berbeza.

Dalam usaha menyampaikan pemandangan menyeluruh mengagumkan itu - umpama angkawasan melihat planet ini dari angkasa - Grant bekerjasama dengan DigitalGlobal untuk memilih imej satelit yang paling menarik.

Gambar yang dipamerkan Grant antara lain menunjukkan komuniti sementara pada festival Burning Man di Nevada dan penempatan berselirat di padang pasir di Abu Dhabi, selain organisasi mengejutkan di pantai Ipanema.

Selain itu, ketenangan Angkor Wat yang memukau di Kemboja, kota metropolitan seperti New Delhi dan kem pelarian terbesar dunia, Dadaab, di Kenya juga dikongsikan bersama.

“Mustahil untuk melihat sepenuhnya dan menghargai keindahan dunia dari garis penglihatan kita di permukaan bumi.

“Sedangkan sistem kehidupan yang dibina dan dibangunkan manusia serta kesan buruknya terhadap planet kita sesuatu yang wajar diperhatikan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 10:54 AM