EBUAH perahu layar berlayar berhampiran pantai di Tanzania.
LELAKI tempatan dengan peralatan memburu di sebuah hutan di Ecuador.
SEKUMPULAN nomad di Tibet yang dipanggil Drokpas mencari tempat tinggal.
LOMBONG garam di Andes digunakan sebagai sumber garam sejak beribu-ribu tahun oleh orang Inca.
TEMPAT menyamak kulit binatang di Fez, yang membuat pewarna kulit untuk beg tangan, kasut dan barangan lain.
SEORANG wanita memikul bakul berisi padi melompat di sepanjang batas sawah di Vietnam.
Agensi

Seorang jurugambar Amerika yang mengembara ke lebih 100 negara di enam benua merakamkan pelbagai pemandangan luar biasa yang mempamerkan budaya asli harmoni dan persekitaran semula jadi mereka.

Koleksi terbaru Lisa Kristine bertajuk Intimate Expanse itu mengkaji hubungan kompleks dan perbezaan antara manusia dengan tanah tempat mereka bergantung di seluruh dunia.

Gambar menakjubkan itu merakam keindahan di mana-mana saja, dari Fez dan Tanzania, hingga ke China dan Timbuktu.

Detik kandid seorang wanita bekerja di sawah padi di Vietnam dan pelombong garam di Andes dirakam dengan begitu teliti.

Terkenal dengan penggunaan warna tepu, imej menarik Lisa bertujuan untuk menarik perhatian terhadap persamaan dalam setiap manusia tidak kira di mana mereka berada.

Gambar-gambarnya mengetengahkan isu sosial termasuk penyeludupan manusia, malah hasil jualan karyanya itu sering disumbangkan ke organisasi seperti Free the Slaves.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:11 AM