SEORANG bomoh menghisap paipnya di Festival Obor di Xichang, wilayah Sichuan.
SEKUMPULAN wanita dengan pakaian tradisional memakai perhiasan berwarna perak di kepala.
SEKUMPULAN wanita memegang payung kuning menunggu giliran untuk membuat persembahan di festival itu.
FESTIVAL itu secara tradisinya diadakan untuk mencari jodoh tetapi kini menjadi perayaan untuk mengekalkan adat resam masyarakat Yi.
PENGUNJUNG berkerumun mengambil gambar dua wanita memakai pakaian tradisional lengkap, sarat dengan perhiasan.
SEORANG wanita memakaikan gincu kepada rakannya
Agensi

Di sebuah kawasan yang dikelilingi bukit menghijau di barat daya China, sekumpulan wanita muda dengan pakaian berwarna-warni dan perhiasan perak di kepala menari di pentas mengikut iringan muzik.

Sudah berabad lamanya etnik Yi di sini meraikan perayaan terbesar mereka setiap tahun iaitu festival obor yang diadakan selama tiga hari setiap bulan keenam kalendar Cina.

Pada festival itu, sekumpulan wanita akan membawa payung kuning dan menggayakan skirt panjang berwarna merah dan emas, manakala sekumpulan lagi memakai perhiasan logam, tali pinggang bersulam serta topi berbentuk seperti candelier.

Lelaki pula berarak dengan memakai topi kulit dan perisai sambil membawa pedang.

Secara tradisinya, festival itu diadakan untuk lelaki dan wanita muda mencari jodoh, tetapi kini ia menjadi perayaan untuk mengekalkan adat resam etnik berkenaan ekoran perubahan pesat di kawasan luar bandar.

Pada festival tahun ini, lagu dan ucapan menerusi pembesar suara tidak lagi dibuat dalam bahasa tempatan sebaliknya menggunakan bahasa Mandarin.

Penonton lelaki datang menyaksikan festival itu dengan memakai topi besbol yang dipakai terbalik dan seluar pendek.

Wanita pula dengan rambut berwarna.

Sebelah malam, pelancong dan kaki pesta akan mengambil bahagian membawa obor panjang mengelilingi unggun api.

Bomoh berambut kusut dan panjang pula membuat ritual menyakitkan dengan mencucuh logam panas di badan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2016 @ 5:21 AM