Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Supritendan Ahmad Zamri Marinsah (kanan) melihat motosikal dan barangan lain yang berjaya dirampas dalam Ops Lejang. FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim
am@hmetro.com.my


Kluang: Polis menumpaskan geng curi motosikal dikenali Geng Haziq dengan penangkapan tujuh lelaki berusia antara 20 hingga 48 tahun dalam serbuan Ops Lejang di Kampung Sri Bongsu, Sri Lalang, Kluang pada 17 Mac lalu.

Serbuan turut merampas dua Yamaha 125Z bersama beberapa komponen motosikal yang dileraikan dengan nilai pasaran berjumlah RM15,000.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muahamad Laham berkata, semakan mendapati dua motosikal berkenaan masing-masing dilaporkan hilang di Tampoi dan Kluang.

"Turut ditemui satu rangka motosikal Yamaha 125Z dan satu enjin motosikal dengan nombor chasis serta nombor enjinnya yang diganggu dan beberapa komponen motosikal yang disyaki dicuri di beberapa daerah di Johor.

"Semua suspek turut didapati positif syabu melalui ujian saringan air kencing yang dilakukan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kluang di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 3:42 PM