Skuad Real Madrid memanaskan badan sebelum melakukan latihan. Foto Reuters
Zidane (kanan) memberi arahan kepada Karim Benzema (tengah) sewaktu latihan di Madrid. Foto Reuters

Madrid: Lebih 6,000 peminat Real Madrid menyaksikan jurulatih baru Zinedine Zidane mengendalikan latihan pemain kelab gergasi Sepanyol itu, hari ini.

Kelab itu mempunyai tradisi mengadakan latihan pertama awal tahun secara terbuka.

Zidane bekas pemain Madrid dan Perancis mengambil alih tugasan selepas Rafa Benitez dipecat pada pertengahan musim pertamanya - sehari selepas seri 2-2 di Valencia.

Dia akan berdepan perlawanan pertamanya di tempat sendiri Sabtu ini menentang Deportivo La Coruna dalam La Liga.

Madrid ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Atletico Madrid. AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 9:04 PM