MAHDZIR Khalid (kanan) melawat Muhammad Nasrul Kamarizan, 19, yang mengalami sakit kulit sejak lahir sempena Program Jelajah Kasih Siswa 2015 UU<. FOTO Sharul Hafiz Zam
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


Pedu: Kementerian Pendidikan akan mencari mekanisma terbaik menyelesaikan isu berkaitan rungutan kontraktor yang mendapat tender melaksanakan projek di bawah kementerian berkenaan masih tidak menerima bayaran tertunggak.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, masalah pembayaran tertunggak itu akan ditanggani dan mencari kelemahan menyebabkan ia terjadi.

Menurutnya, kementerian juga akan mengemaskini sistem pembayaran terhadap semua kontraktor kerana sebelum ini cara bayaran tidak dibuat secara berpusat.

"Kementerian sebelum ini akan menyerahkan peruntukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri sebelum diagihkan kepada 137 Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara untuk menjelaskan pembayaran kepada kontraktor terbabit.

"Kita akan duduk berbincang dengan pegawai kementerian bagi mencari mana-mana kelemahan berhubung sistem pembayaran yang boleh diperbaiki kerana kita nak selesaikan semua bayaran tertunggak mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah Kasih Siswa Universiti Utara Malaysia (UUM), Perumahan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)Bukit Kura, di sini, hari ini.

Sebelum ini terdapat rungutan sebahagian kontraktor yang masih tidak mendapat bayaran bagi tender kontrak mereka membabitkan kawalan keselamatan tanpa senjata, bekalan makanan di asrama dan pembersihan membabitkan kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara.

engulas mengenai pelajar yang melakukan kesalahan melampau termasuk berkhalwat pula, Mahdzir berkata, Kementerian akan memberi peluang kedua bagi mana-mana pelajar yang terbabit dalam kesalahan itu untuk meneruskan pelajaran.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada kesalahan dilakukan mereka kerana kesalahan membabitkan kes mahkamah pula mereka akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak," katanya.

Mengenai nasib menimpa Mohd Hasif Abdul Halim, 9,yang kini menjadi yatim piatu selepas keluarganya lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Terengganu pada 19 Disember lalu, Mahdzir berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut sebelum bantuan diserahkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2015 @ 2:54 PM