FOTO hiasan
BERNAMA

RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan perairan negara termasuk di Phuket, Thailand sehingga 2 pagi hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, semalam, kawasan perairan sekitar Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak Utara dijangka mengalami angin kencang sehingga 50 kilometer sejam.

Ia disusuli dengan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan yang sama juga akan berlaku di Selat Melaka, Tioman dan Reef South sehingga 2 pagi ini dan berbahaya untuk aktiviti bot-bot kecil.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Oktober 2018 @ 12:36 AM