Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn. FOTO Arkib NSTP
Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my


PORTAL UMNO Online hari ini menafikan dakwaan kononnya ibu pejabat parti itu diselongkar serentak pagi ini oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, memaklumkan bahawa gambar yang viral menerusi media sosial adalah kerja penyusunan dan kemas kini fail pentadbiran di Ibu Pejabat UMNO.

“Berita yang mengatakan Ibu Pejabat UMNO digeledah adalah tidak benar kerana gambar yang viral adalah kakitangan UMNO sendiri sedang melakukan kemas kini dan tugasan harian dalam proses penyusunan semula dokumen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, UMNO sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak dalam apa-apa juga keadaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Oktober 2018 @ 12:36 PM