AHMAD Zahid. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekali lagi hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, Presiden UMNO itu hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan sebuah yayasan.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus berwarna putih, jam 9.18 pagi.

Difahamkan, beliau semula ke SPRM hari ini bagi dirakam percakapan berhubung siasatan kes sama.

Ini adalah kali kelima Ahmad Zahid dipanggil SPRM.

Kali empat adalah semalam apabila Zahid berada di ibu pejabat SPRM Putrajaya hampir sembilan jam.

Kali pertama dan kedua adalah pada 2 dan 3 Julai lalu, manakala kali ketiga adalah pada Rabu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Oktober 2018 @ 9:55 AM