KAKITANGAN Kementerian Kesihatan Baling (KKM) melakukan pemeriksaan di premis laksa kebok susulan keracunan makanan di Kampung Landak, Kupang. FOTO Safuri Kamarudin
Safuri Kamarudin
cnews@nstp.com.my


PEMILIK gerai laksa kebok di Kampung Landak, Kupang, mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kenyataan disiarkan seolah-olah sah laksa dijualnya beracun.

Pemilik gerai, Daud Ismail, 51, berkata, keputusan makmal belum keluar, namun kenyataan KKM yang mengelirukan memberi gambaran buruk kepada perniagaannya.

“Setiap bukti disiarkan media kami simpan untuk tindakan selanjutnya.

“Jika kenyataan KKM mengaitkan sejarah membeli laksa boleh diterima, tetapi ini terus mengatakan laksa beracun. Tunggu di akhirat jika perkara ini tidak diadili dengan baik,” katanya ketika ditemui di Baling, hari ini.

Sementara itu katanya, Pejabat Kesihatan Daerah Baling (PKDB) sekali lagi tampil membuat pemeriksaan di gerai miliknya hari ini.

“Dalam tempoh itu, empat kali anggota pejabat itu membuat pemeriksaan dan sekali mengambil keterangan.

“Hari ini, lebih 10 anggota mengambil benda yang sama iaitu tepung beras, gandum, minyak dan ikan selayang,” katanya.

Menurutnya, tindakan berterusan mengambil sampel seolah-olah cuba meletakkan kesalahan kepada laksa dijualnya.

Berita berkaitan:

'Ini dugaan buat peniaga laksa' - mangsa

'Mangsa tetamu majlis kesyukuran, rupanya...'

Pengusaha laksa kebok pasrah

[UPDATE] 42 lagi kes keracunan akibat laksa...?

[UPDATE] 'Reda dengan pemergian emak...'

'Kalau laksa beracun, dah lama kami mati'

Sah, dua maut 'makan' laksa...

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 6:09 PM