Avila Geraldine
avila@nstp.com.my


KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerima kunjungan hormat daripada pengurusan kanan Media Prima Berhad diketuai Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid di Kota Kinabalu, semalam.

Turut serta, Ketua Pengarang The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Yushaimi Maulud Yahaya; Pengarang Urusan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Manja Ismail serta Pengurus Besar TV dan Digital Primeworks Studios, Ab Aziz Hasan.

Pertemuan selama kira-kira sejam itu berlangsung di pejabat Ketua Menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 September 2018 @ 1:19 AM
MOHD Shafie (tengah) menerima kunjungan hormat daripada Kamal (dua kanan), Yushaimi (kanan), Manja (dua kiri) dan Ab Aziz (kiri). FOTO Malai Rosmah Tuah