Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@nstp.com.my

Kota Kinabalu: Seorang pengurus hotel ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di perut di belakang rumahnya di Taman Cantek, Lido, semalam.

Mayat Kok Chan Goir, 67, ditemui isterinya sebelum melaporkan kepada polis.

Turut ditemui di lokasi sebilah pisau dipenuhi dengan kesan darah serta sepucuk surat dipercayai ditulis mangsa sebelum dia ditemui mati.

Dalam surat itu, mangsa dikatakan meminta anak-anaknya supaya menjaga ibu mereka dan memohon maaf kerana tidak dapat menjaga mereka kerana menderita penyakit yang tiada ubatnya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Mayat mangsa dibawa
ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 September 2018 @ 3:27 AM