ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa lemas di Sungai Besut, Jertih untuk dibawa ke Hospital Besut. FOTO Mohammad Ishak.
Mohammad Ishak
cnews@nstp.com.my


MAYAT lelaki dipercayai mangsa lemas ditemui di Sungai Besut, Jertih, petang hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Zuki Samsudin, 47, dari Kampung Gong Kemuntong, Jertih ditemui pemancing yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Ketika ditemui, mayat lelaki itu sudah berbau dipercayai lemas sejak tiga hari lalu.

Mayat mangsa dinaikkan bomba yang menerima panggilan mengenai penemuan itu pada 6 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, mayat lelaki terbabit kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Ogos 2018 @ 12:07 AM