SEEKOR lembu yang terperangkap di dalam sebuah lubang takungan najis di Kampung Rahmat. FOTO Ihsan Bomba
Razif Rosli
cnews@nstp.com.my


PASUKAN bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menyelamat dan mengeluarkan lembu yang terperangkap di dalam lubang takungan najis di Kampung Rahmat, Bidor, hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bidor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira 12 tengah hari membabitkan seekor lembu dewasa yang terjatuh ke dalam lubang najis.

"Sebaik tiba, bomba mendapati binatang ternakan itu masih berada dalam lubang takungan najis.

"Bomba kemudian bertindak mengeluarkan lembu itu menggunakan tali, bagaimanapun haiwan itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, khidmat khas mengeluarkan lembu terperangkap itu diketuai Pegawai Bomba Kanan ll Shahril Musa dan tamat sepenuhnya 12.41 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mei 2018 @ 3:47 PM