TUN Mahathir ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. -Foto MOHD FADLI HAMZAH
Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my


TIADA lagi soal siasat sehingga jam 4 hingga 5 pagi ke atas mana-mana individu yang ditahan pihak berkuasa.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi jaminan itu berkata, ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini, individu yang ditahan disoal siasat sehingga jam 4 hingga 5 pagi sehingga menimbulkan unsur penderaan.

“Saya ingin menjelaskan unsur penderaan dan sebagainya, tidak boleh diadakan. Mereka perlu disoal semasa munasabah dan bukannya pada 4 pagi atau 5 pagi atau disimpan dalam bilik gelap.

“Banyak cerita yang ditangkap dan dikenakan pelbagai jenis dera. Kalau ada kematian, kita akan adakan inkues seperti di bawah undang-undang,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, ketika di bawah kerajaan sebelum ini, tahanan orang awam yang dibuat tidak akan dihadapkan ke mahkamah dan kalau mereka mati, tidak akan ada inkues.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 8:35 PM