Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my


PESAKIT Para Tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, diletakkan dalam keadaan tidur untuk membantu proses pemulihan dan penyingkiran lebihan karbon dioksida di dalam badannya.

Suaminya, Mohd Taufiq Abdullah, 42, berkata, doktor yang merawat isterinya memaklumkan bahawa Nurliyana diberikan ubat tidur untuk membantu mengurangkan kadar karbon dioksida di dalam badannya.

“Setakat 2 petang tadi, saya dimaklumkan bahawa kadar karbon dioksida itu masih tidak berubah dan doktor sedang memantau keadaan terkini isteri saya.

“Pembedahan awal pagi tadi terpaksa dilaksanakan untuk membuat saluran pernafasan bagi membolehkan lebihan karbon dioksida itu berkurangan secara semula jadi.

“Doktor ada memaklumkan kepada saya bahawa lebihan karbon dioksida itu akan mengakibatkan pelbagai kesan antaranya strok sehingga kepada kehilangan nyawa,” katanya.

Menurutnya, dia percaya pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan keadaan Nurliyana kembali stabil.

Berita berkaitan

Benjolan mulut makin besar [METROTV]

'Saya tahu dari awal'

Doakan Nurliana

Doa buat Nurliyana

Tulis nota hilang suara

Nurliyana kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 April 2018 @ 3:35 PM