LIM Guan Eng (tengah) ketika sidang media selepas merasmikan Projek Seaside Pocket Park, Tanjung Bungah. FOTO Mikail Ong
Audrey Dermawan
audreymd@nst.com.my


DEWAN Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dijangka dibubarkan minggu depan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, mesyuarat EXCO perlu diadakan terlebih dulu sebelum menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, bagi memohon pembubaran.

“Kita akan ikut proses ditetapkan. Hanya itu saya boleh katakan setakat ini.

“Kita akan maklumkan semua EXCO bila mesyuarat perlu diadakan dan tarikh sesuai bagi saya menghadap Yang di-Pertua Negeri,” katanya di Georgetown, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen akan dibubarkan esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 April 2018 @ 2:59 PM