ANTARA pelajar yang menyaksikan pementasan teater Ola Bola.
Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@hmetro.com.my


KUMPULAN Syarikat PROLINTAS membawa 170 pelajar dari sekitar Ampang, Cheras, Kota Damansara dan Damansara Perdana untuk menyaksikan teater muzikal Ola Bola The Musical di Istana Budaya.

Sekolah yang terpilih adalah yang berhampiran jajaran Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan.

Manakala sekolah berhampiran Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4, Kota Damansara dan Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan, Damansara Perdana.

Penganjuran program ini sebagai peluang terbaik bagi PROLINTAS menerusi lebuh raya seliaannya iaitu Lebuhraya SUKE dan Lebuhraya DASH untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan kumpulan pelajar dan penduduk di sekitar kawasan pembinaan lebuhraya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 8:11 PM