GAMBAR hisan. FOTO arkib NSTP
HM Digital

HARGA runcit petrol RON95 turun tiga sen manakala RON97 turun dua sen dan diesel turun satu sen bermula 12.01 tengah malam ini.

Berdasarkan maklumat di laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga terbaru RON95 kini adalah RM2.18 seliter; RON97 adalah RM2.45 seliter

manakala diesel adalah RM2.16 seliter.

Harga baru ini berkuatkuasa mulai esok hingga Rabu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 8:06 PM