LAPORAN portal berita Harian Metro, sebelum ini.
Shahrinnahar Latib
cnews@nstp.com.my


LELAKI yang didakwa melakukan penderaan seksual terhadap 21 pelajar lelaki sebuah maahad tahfiz di Kuantan sudah ditahan pada Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya menahan suspek, 41, di sekitar bandar Kuantan berdasarkan maklumat.

Menurutnya, suspek yang juga sukarelawan di maahad tahfiz itu aktif dalam memberi sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian sejak 2015.

Katanya, lelaki berkenaan direman bermula semalam sehingga 19 Mac ini untuk membantu siasatan.

"Laporan mendakwa mangsa diliwat di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan.

“Siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Maahad tahfiz swasta itu ditubuhkan pada 2011 mempunyai lima guru serta 55 pelajar termasuk 10 pelajar perempuan yang semuanya tinggal di asrama.

Berita berkaitan

Apalah nak jadi...? [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 5:30 PM