Shahrinnahar Latib
cnews@nstp.com.my


GURU sebuah maahad tahfiz di Kuantan membuat laporan polis, kelmarin mendakwa 21 pelajar pondok terbabit didera secara seksual oleh seorang lelaki yang juga pemberi sumbangan.

Sumber berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan oleh guru itu selepas pelajar yang terbabit mengadu kepadanya.

"Menurut laporan polis berkenaan, kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia 14 hingga 17 tahun yang mendakwa dipaksa menghisap kemaluan lelaki itu, selain turut meliwat enam pelajar terbabit.

"Semua mangsa turut dipukul dan diugut bunuh sekiranya perkara dilakukan itu terbongkar kepada pengetahuan orang lain," kata sumber terbabit ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 2:58 PM