HM Digital
am@hmetro.com.my


HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua dan tiga sen manakala diesel turun tiga sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik dua sen daripada RM2.31 kepada RM2.33 seliter manakala RON97 naik tiga sen daripada RM2.58 kepada RM2.61 seliter.

Sementara itu, diesel turun tiga sen daripada RM2.34 kepada RM2.31 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 8 Februari hingga 14 Februari 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Februari 2018 @ 6:12 PM