(Gambar fail) Siti Zulaiha Norizam (dua kanan) dan Mohamad Saiful Rosuri (kanan) bergambar berlatarbelakangkan Plaza Tol Batu 3, Shah Alam yang akan mula dirobohkan. FOTO Muhammad Sulaiman
Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my


KERJA merobohkan struktur bangunan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dijangka akan selesai pada penghujung Mac ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail, proses melantik kontraktor-kontraktor yang berkelayakan sudah bermula sejak Disember lalu.

Katanya, ketika ini PLUS sedang dalam proses untuk memuktamadkan pemilihan kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja merobohkan struktur plaza berkenaan.

“€œApabila dilantik, kontraktor terbabit akan memulakan kerja-kerja merobohkan struktur fizikal Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang dijangka bermula selepas perayaan Tahun Baru Cina.

“€œBerdasarkan jadual, semua kerja-kerja merobohkan struktur bangunan plaza tol terbabit dijangka akan selesai pada penghujung Mac akan depan,”€ katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Kata Azman lagi, semua kerja-kerja terbabit perlu dilakukan secara berperingkat memandangkan ia dilaksanakan di dalam persekitaran lalu lintas yang sentiasa bergerak.

Katanya, PLUS tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan ketika kerja-kerja berkenaan dijalankan.

“€œKerja-kerja awalan seperti pemindahan peralatan tol, papan tanda serta aset-aset lain akan dilaksanakan terlebih dulu sebelum kerja merobohkan struktur fizikal bermula.

“€œSehubungan itu, PLUS menasihatkan pemandu supaya memperlahankan kenderaan, mematuhi semua papan tanda keselamatan dan lebih berhati-hati ketika menghampiri kedua-dua plaza tol terbabit, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 12:59 PM