Pejalan kaki terbunuh selepas dirempuh van di hadapan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC) Sungai Udang. FOTO Nur Saliawati Salberi
Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my


Pejalan kaki maut ketika melintas jalan selepas dirempuh sebuah van dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC) Sungai Udang, Melaka, kira-kira 8.45 pagi hari ini.

Mangsa, Azhar Ahmad, 50, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terseret beberapa meter akibat rempuhan itu.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian mangsa baru turun dari sebuah bas.

Bagaimanapun, ketika melintasi garisan pejalan kaki, dia dirempuh sebuah van yang melalui lokasi kejadian.

"Mangsa dikatakan cuba melintasi laluan pejalan kaki,tiba-tiba datang sebuah van dari arah Kem Terendak menghala ke Sungai Udang lalu merempuhnya.

"Akibat rempuhan itu, mangsa terseret kira-kira 15 meter dan disahkan meninggal oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah dikepala," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat selain kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 5:53 PM