HM Digital
am@hmetro.com.my


HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 masing-masing turun lapan sen manakala diesel turun dua sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun lapan sen daripada RM2.38 kepada RM2.30 seliter.

Sementara itu, RON97 turun lapan sen daripada RM2.66 kepada RM2.58 seliter dan diesel turun dua sen daripada RM2.25 kepada RM2.23 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 16 November hingga 22 November ini.

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2017 @ 6:13 PM