Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua bekas setiausaha Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Putrajaya, Khamis lalu.

Sumber yang rapat dengan SPRM berkata, kedua-duanya ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana awam di Sabah.

"Mereka kini direman lima hari sehingga Selasa ini selepas dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam," katanya.

Difahamkan, mereka ialah bekas setiausaha sulit dan setiusaha akhbar Mohd Shafie.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek, namun enggan mengulas lanjut.

Setakat ini, seramai 13 individu ditahan berkaitan kes penyelewengan dana RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi KKLW di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 11:09 PM