BUDAK lelaki berusia tiga tahun cedera pada ibu jari selepas tersepit tombol pintu di Taman Samudera, Selayang, semalam. FOTO ihsan bomba
Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my


BUDAK lelaki berusia tiga tahun cedera pada ibu jari selepas tersepit tombol pintu di Taman Samudera, Selayang, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian pada 7.02 petang.

Katanya, seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang ke lokasi bagi memberi bantuan.

"Apabila tiba di lokasi anggota bomba mendapati ibu jari kanak-kanak terbabit tersepit pada tombol pintu.

"Anggota berjaya mengeluarkan jari mangsa dengan memotong tombol pintu itu. Kanak-kanak terbabit diberi rawatan awal oleh anggota Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital bagi rawatan susulan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 12:10 AM