MANGSA mendapat bantuan awal selepas terjatuh dari tingkat lima. FOTO ihsan Pembaca
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


BUDAK lelaki parah selepas terjatuh dari tingkat lima rumahnya di flat Desa Relau, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa, 5, masih mendapat rawatan di hospital.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Izwan Abd Karim berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca kejadian.

"Kita sudah pergi ke rumah terbabit namun jiran memberitahu keluarga mangsa sudah membawanya ke Hospital Pulau Pinang.

"Setakat ini, kita sedang menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan kepastian dan butir peribadi mangsa bagi memudahkan siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 6:59 PM