Hamzah (dua kiri) merasmikan logo transformasi produk KPDNKK di majlis penutup Program Citarasa Malaysia (PCM) 2017 diperhatikan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Television Media Prima, Johan Ishak di Sri Pentas, Bandar Utama. FOTO Zunnur Al Shafiq
Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my


KERAJAAN memberi peluang kepada orang ramai menyertai program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 menerusi konsep baru yang bakal dilancarkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya tidak akan mengehadkan peluang itu kepada satu pengendali saja sebagaimana sebelum ini.

Menurutnya, mana-mana individu yang berkemampuan untuk meluaskan perniagaan berpeluang membuka kedai runcit dengan melihat potensi pelanggan masing-masing.

“€œPeluang sama rata diberikan kepada orang ramai untukmenyertai KR1M 2.0 dan tidak terhad kepada koperasi sedia ada yang sudah memiliki sasaran pelanggan masing-masing.

“€œKPDNKK turut menyediakan insentif kepada peserta program KR1M 2.0 dengan memastikan bahan keperluan asas seperti beras, gula dan minyak masak lebih murah berbanding tempat lain.

€œHarga murah ini berupaya menjadi tarikan utama rakyat untuk memilih kedai KR1M 2.0. Malah pihak kami sudah berbincang dengan beberapa syarikat seperti pengeluar lampin pakai buang agar memberikan harga lebih murah di kedai berkenaan,”€ katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Program Citarasa Malaysia (PCM) 2017 di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Hamzah turut melancarkan logo Transformasi Produk KPDNKK yang diluluskan tiga bulan lalu sebagai penarafan produk berkualiti, menepati piawaian sekali gus mengawal dan memantau penyalahgunaan logo.

Katanya, pengenalan logo itu juga adalah bagi mengelakkan penipuan produk yang tidak disaring dan dijamin KPDNKK.

“€œLogo baru ini digunakan seiring logo Buatan Malaysia yang sudah diperkenalkan sejak dulu bagi tujuan eksport produk PKS ke luar negara selain memudahkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memasarkan barangan mereka ke pasaraya besar asing dan tempatan.

“€œKerajaan turut mensasarkan 30 peratus PKS tempatan untuk memasarkan produk mereka ke pasaraya besar dalam negara. €œTahun ini saja, sebanyak 76 usahawan PKS tempatan dengan lebih 300 stock-keeping unit (SKU) tersenarai di pasaraya besar di Malaysia” katanya.

Katanya, PKS yang sudah memiliki logo Buatan Malaysia boleh memohon terus bagi mendapatkan logo kedua.

“€œMereka yang tidak mempunyai logo Buatan Malaysia perlu mendapatkan logo itu terdahulu sebelum memohon logo terbaru,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 4:21 PM