Siti Nadzirah Che Mud
am@hmetro.com.my


KURANG 24 jam, polis berjaya menahan lelaki berusia 48 tahun disyaki terbabit kes samun kedai emas di Jalan Bakat, Machang, kelmarin.

Lelaki itu ditahan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sebuah rumah tumpangan di Jalan Machang-Tanah Merah dekat Machang pada 1.15 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Dzulkifli Ab Ghani berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas barang kemas yang dilarikan iaitu dua rantai tangan dan satu rantai leher emas bernilai anggaran RM16,000.

“€œSiasatan awal mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau kerana ugutan jenayah dan menipu.

“€œSehubungan itu kita menahan remannya selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,”€ katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro pada Rabu melaporkan seorang lelaki memakai kopiah berpura-pura menjadi pelanggan yang bertanyakan mengenai barang kemas sebelum melarikan dua rantai tangan dan satu rantai leher lemas bernilai RM16,000.

Kejadian berlaku di sebuah kedai emas di Jalan Bakat, Machang pada 4 petang.

Usaha memburunya dilakukan susulan laporan dibuat pemilik premis berusia 54 tahun.

Berita berkaitan:

'Pelanggan' rupanya pencuri

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 3:53 PM