HM Digital
am@hmetro.com.my


HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen manakala diesel naik dua sen.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun tiga sen kepada RM2.16 seliter daripada RM2.19 sebelum ini.

RON97 juga turun tiga sen kepada RM2.46 seliter dan diesel naik dua sen kepada RM2.12 seliter.

Harga baru bahan api itu berkuat kuasa 12.01 tengah malam 28 September hingga 4 Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2017 @ 6:24 PM