FOTO Hafizudin Mohd Safar
Hafizudin Mohd Safar & Muhammad Mustakim Ramli
am@hmetro.com.my


TUJUH ribu lima ratus pek makanan sehari disediakan buat mangsa banjir dan petugas di semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis, sejak Khamis lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pek makanan itu dimasak oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.

Menurutnya, 2,500 pek makanan disediakan untuk sarapan, makan tengah hari (2,500) manakala makan malam (2,500).

Katanya, kira-kira 100 petugas dan sukarelawan Yayasan Pok Dan Kasim (YPK) dan juga Sukarelawan JKM Perlis, membantu melancarkan operasi.


FOTO Hafizudin Mohd Safar

"Pusat penyediaan makanan ini dibuka di hadapan pejabat YPK di Pengkalan Asam Kangar.

“Kita juga berharap orang ramai dan juga badan sukarelawan yang berkelapangan hadir ke perkarangan pejabat YPK bantu masak, bungkus makanan ataupun hulur bantuan bekalan makanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui memantau perkembangan semasa di pusat penyediaan makanan mangsa banjir di hadapan pejabat YPK di Pengkalan Asam Kangar.

Shahidan berkata, pusat penyediaan makanan ini akan terus dibuka selagi operasi bantuan bencana banjir Perlis diteruskan.

Selain itu, katanya, jumlah pek makanan itu bleh ditambah jika ada pertambahan mangsa.

Jumlah Mangsa Menurut

SEMENTARA itu, jumlah terkini mangsa banjir di Perlis menunjukkan penurunan 1,520 mangsa membabitkan 419 keluarga pada kira-kira 12 tengah.

Berdasarkan status oleh Jabatatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis sebelum ini iaitu pada kira-kira 3 pagi Sabtu, bilangan mangsa yang terbabit adalah 1,721 mangsa membabitkan 511 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2017 @ 3:28 PM