SPRM
Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi@hmetro.com.my


PENGURUSAN Tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulat suara memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang enggan memohon maaf atas kenyataan fitnahnya bahawa penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh sebagai ‘€œpenahanan haram oleh SPRM’€ walaupun diberi satu tempoh masa untuk berbuat demikian.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, SPRM berkata, akan mengemukakan keputusan yang sudah dibuat kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.

"Ingin juga ditegaskan, SPRM menghormati hak serta kebebasan mana-mana pihak untuk mengkritik.

" Tetapi SPRM tidak akan sama sekali bertolak ansur jika mereka didapati mengeluarkan kenyataan fitnah khususnya berhubung siasatan yang sedang dijalankan dengan tujuan mencemarkan serta menjejaskan imej dan reputasi SPRM, " katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, SPRM tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana siasatan dan akan menyiasat setiap kes tanpa mengambil kira jawatan, ideologi politik dan kedudukan individu yang disiasat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2017 @ 3:31 PM