TAI Hwan Perng disahkan mati akibat parah di kepala selepas kereta dipandunya melanggar bas. FOTO ihsan polis.
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


LELAKI, 47, maut selepas Chevrolet Optra dipandunya melanggar sebuah motosikal dan bas di Kilometer 7.6, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Petaling Jaya, jam 3 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa, Tai Hwan Perng, disahkan mati di lokasi akibat parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila mangsa melanggar sebuah motosikal.

“Mangsa kemudiannya melanggar bahagian belakang bas menyebabkannya parah di kepala sebelum disahkan mati,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2017 @ 7:58 PM