Remaja berusia 21 tahun menunjukkan gambar seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek yang didakwa mencabul kehormatannya. FOTO Ramdzan Masiam
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


PEMBANTU khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong akan didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown, esok kerana mencabul seorang pelayan pusat hiburan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis sudah merujuk kes berkenaan kepada Pegawai Pendakwa Negeri.

"Kita mendapat persetujuan pegawai pendakwa untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

Khamis lalu, suspek yang berusia 50 tahun ditahan selepas dia tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang gadis berusia 21 tahun di sebuah pusat hiburan.

Dalam kejadian 6 Julai itu, suspek dipercayai dalam keadaan mabuk membawa mangsa ke kawasan letak kereta sebelum memeluk dan mencium serta memaksanya melakukan seks oral.

Bagaimanapun, mangsa menolak pemintaannya dan suspek kemudian menanggalkan seluar sebelum melakukan onani sehingga air mani terkena di peha wanita itu.

Suspek juga dikatakan turut menawarkan wang RM500kepada mangsa sebagai bayaran untuk bermalam dengannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 6:16 PM