Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


CUKAI Barang dan Perkhidmatan (GST) 60 item makanan dibatalkan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Ketua Pengarah Kastam Datuk T Subromaniam berkata, laporan media tempatan sebelum ini menyatakan item makanan tertentu akan dikenakan GST enam peratus bermula 1 Julai.

"Pihak media merujuk kepada Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No 2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun lalu, melalui PU (A) 162 dan akan berkuat kuasa 1 Julai.

"Implikasi kepada pewartaan perintah ini akan menyebabkan lebih 60 item makanan, antaranya ikan belut, ikan todak, jagung, sayuran sejuk beku, buah import (avokado, aprikot, anggur, ceri, pic dan plum) dan marjerin akan tertakluk kepada GST enam peratus," katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Berikutan itu, Subromaniam berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merujuk perkara itu kepada Kementerian Kewangan untuk maklum balas serta membuat keputusan ia dibatalkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 6:01 PM