Gelagat pemain mesin judi di sebuah premis perjudian. FOTO arkib NSTP
Mohamad Fahd Rahmat
Fahd@hmetro.com.my


POLIS yakin Batu Pahat bebas daripada sebarang bentuk premis perjudian selepas 31 premis itu digempur sejak Januari hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, berikutan operasi itu, polis menangkap 43 penjaga premis dan 149 pemain.

Beliau berkata, turut dirampas 524 komputer, tiga telefon tablet dan 29 modem selain wang tunai berjumlah RM8,385.

"Penjaga premis yang ditangkap itu terdiri daripada 42 lelaki dan seorang wanita tempatan. Mereka yang disyaki pemain terdiri daripada 131 lelaki tempatan, seorang Indonesia dan dua wanita tempatan.

"Semuanya berusia antara 20 hingga 60 tahun. Setakat ini seramai 10 penjaga premis dan 25 pemain dijatuhi hukuman denda RM2,000 seorang oleh mahkamah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 6:36 PM