Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


PELANCONG lelaki warga Thailand cedera ditikam diperut oleh seorang lelaki di bilik hotel di Jalan Macalister, Georgetown malam semalam.

Dalam kejadian 11.30 malam itu mangsa berusia 28 tahun dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki tempatan di dalam laman sosial WeChat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa dikatakan dikunjungi suspek di bilik hotel untuk menawarkan perkhidmatan seks.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan seks dan berlaku tawar menawar harga antara suspek dan mangsa.

"Suspek bertindak mengeluarkan sebilah pisau sebelum berlaku pergelutan.

"Mangsa cedera di perut kiri, belakang badan, tangan, leher dan muka sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya.

Anuar berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 6:29 PM