Kang Sian ditemui mati dengan kesan tikaman pisau pada dada kiri di kediamannya di Taman Sri Kenangan Batu Pahat, Johor 7 malam semalam. FOTO ihsan PDRM
Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my


LELAKI warga emas berusia 82 tahun ditemui mati dengan kesan tikaman pisau pada dada kiri di kediamannya di Taman Sri Kenangan Batu Pahat, Johor 7 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa, Chia Kang Sian, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu oleh adik iparnya yang memasuki kediamannya menggunakan kunci pendua selepas panggilan tidak bersahut.

"Temubual saksi mengesahkan si mati mempunyai seorang isteri dan tiga anak lelaki yang tinggal di Kuala Lumpur.

"Si mati tidak mempunyai masalah kewangan atau bermusuh dengan sesiapa selain ada penyakit jantung dan kencing manis serta tidak kuat berjalan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini punca kematian belum dapat disahkan sama ada si mati terbunuh akibat terjatuh dan terkena pisau, atau bunuh diri atau perbuatan orang lain menikam simati.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 6:07 PM