SANDAL santai.
BEG silang.
CLASSIC Brogue untuk jejaka yang mementingkan kesempurnaan.
KOLEKSI Outdoor untuk aktiviti lasak.
SEPATU formal sesuai untuk ke pejabat dan majlis rasmi .
Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


Jenama global paling sinonim dengan rakyat negara ini, Bata Malaysia membawakan pembaharuan besar dalam koleksi sepatu lelaki sepanjang musim luruh dan sejuk 2017.

Mengetengahkan tema bulanan ‘All About Him’, sesiapa pun pasti teruja dengan hasil pertukangan kulit berkualiti pereka Itali yang menampilkan rekaan klasik serta moden, khusus untuk jejaka Malaysia.

Menurut Pengurus Koleksi Bata Primavera Sdn Bhd Weitat Poh, rangkaian baru buatan Itali itu menggabungkan dua ciri utama dalam setiap pasang sepatu iaitu keunikan gaya dan keselesaan pemakai.

“Bagi koleksi musim ini, kami menawarkan pelbagai pilihan kasut untuk lelaki bermula dengan sepatu formal, mocassins, kasual, lasak, sukan dan sandal. Selain itu, kami juga menyediakan variasi unik Ath-leisure dan Atletico.

“Ath-leisure lebih kepada kombinasi kasut sukan dengan gaya berpakaian untuk waktu senggang, manakala Atletico membawakan siri sepatu yang menepati gaya hidup kasual,” katanya.

Jelas Weitat Poh, koleksi kali ini cukup istimewa berikutan memenuhi banyak aspek dan kriteria yang kerap dipertimbangkan pemakai ketika hendak mencari sepatu sesuai.

“Jika dulu, orang datang ke Bata untuk mencari kasut sukan atau sepatu selesa ke pejabat. Namun kini kami ada semua variasi yang diperlukan dengan jaminan kualiti terbaik pada harga yang cukup berbaloi. Koleksi kasut formal, mocassins, lasak dan kasual di Bata bukan setakat menampilkan potongan, gaya dan kekemasan, malah ada yang diperbuat daripada kulit asli.

“Sepatu Classic Brogue yang popular pada zaman 20-an diberi sedikit sentuhan moden supaya berpadanan dengan jejaka yang mementingkan gaya dan kesempurnaan dalam stail. Begitu juga dengan siri Outdoor yang diberi sentuhan klasik untuk kelihatan lasak dan menepati trend warna semasa,” katanya.

Menyentuh aspek pemilihan material dan warna untuk musim ini, Weitat Poh berkata majoriti sepatu diperbuat daripada kulit lembu, kambing serta kanvas.

“Kami masih mempunyai koleksi yang menggunakan campuran getah dan kulit sintetik, namun fokus utama adalah sepatu kulit asli. Campuran getah biasanya untuk tapak yang selesa, mengikut bentuk kaki pemakai.

Sementara warna musim ini lebih terarah kepada hitam, coklat dan biru. Sebahagian koleksi turut menawarkan variasi biru gelap dan merah wain,” katanya.

Selain sepatu dan sandal, Bata turut menawarkan pilihan aksesori pelengkap gaya seperti tali pinggang kulit, dompet, beg galas dan pelbagai variasi beg silang.

“Bagi tali pinggang dan dompet, kami menyediakan pakej pasangan untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang. Sementara beg silang pula menampilkan gaya moden yang lebih segar dan ranggi, sesuai untuk golongan muda,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 8:36 AM