JAKET hitam untuk gaya lebih menyerlah.
Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Sukan dan fesyen - dua perkara yang kini tidak lagi diletakkan berasingan. Sebaliknya kedua-duanya bergerak seiring lantaran kehadiran pelbagai pakaian sukan dalam rekaan segar yang sesuai untuk bersukan dan sering digayakan secara lebih santai.

Memenuhi keinginan individu yang gemar ke gimnasium atau berjoging di taman, jenama Superdry memperkenalkan koleksi Superdry Sport SS17 untuk lelaki pada potongan yang lebih sederhana namun menyerlah.

Keistimewaan sudah pasti pada penggunaan fabrik berteknologi tinggi rona terang yang memberikan tumpuan kepada penggayaan dan meningkatkan prestasi dalam bersukan. Cetakan rona biru, kelabu dan hitam menyerlahkan penampilan terkini jejaka.

Antara yang menjadi pilihan adalah kemeja-T lengan panjang yang boleh dipakai di padang atau dipadankan dengan denim. Begitu juga seluar sontok untuk berjoging di taman atau bersenam di gimnasium. Semua koleksi selain berfungsi menjadikan anda bebas bergerak, ia juga memberikan keyakinan dalam penggayaan sepenuhnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 1:13 PM