GOOGLE Pixel 3
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

Google melancarkan dua model telefon, Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL yang mengalami perubahan berbanding model lama.

Pixel 3 mempunyai skrin 5.5 inci P-OLED 1080p manakala Pixel 3 XL 6.3 inci P-OLED 1440p. P-OLED hasil kerjasama LG,

Bagaimanapun, Pixel 3 XL mempunyai ‘notch’ yang besar menempatkan dwi kamera depan berbanding Pixel 3 tidak memilikinya.

Berdasarkan kapasiti bateri, Pixel 3 mempunyai 2915mAh sementara Pixel 3 XL 3430mAh dan kedua-duanya kini datang dengan keupayaan cas tanpa wayar.

Kedua-duanya juga mempunyai pengecas pantas 18W dengan ciri bateri berasaskan AI.

Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL masing-masing mempunyai resolusi 12.2MP f1.8 lengkap OIS, 1.4um pixels di samping turut dilengkapi AI dengan mod ‘Top Shot’, ‘Photobooth’, HDR+, ‘Super Res Zoom’, ‘Fused Video Stabilization’ dan ‘Night Sight’.


GOOGLE Pixel 3 XL

Meskipun terdapat kamera tunggal di belakang, lain pula di depan yangh datang dengan dua lensa 8MP sudut lebar 97 darjah bersama apertur f1.8 serta f2.2.

Pixel 3 dan Pixel 3 XL tidak mempunyai jek audio tetapi dilengkapi set adapter USB-C untuk menyambungkannya ke adapter 3.5mm.

Ia dilengkapi pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 dengan RAM sama 4GB.

Terdapat dua jenis storan iaitu 64GB atau 128GB dan ia juga menepati piawaian IP68 yang kalis air.

Tiga warna ditawarkan iaitu merah jambu, hitam dan putih dengan harga bermula kira-kira RM3,400.

Malaysia tidak tersenarai untuk jualan fon ini tetapi Singapura menjadi negara terdekat jika mahu memilikinya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 2:54 PM